Sabtu, 5 Mei 2012, pada pukul 11:11 malam saya menerima sms dari sepupu saya, Redzuan Abd Jalil, seperti berikut:
"Sallam. Nek Busu Temah telah meninggal sebentar tadi."Nek Busu Temah ialah nenek (sebelah arwah emak) yang terakhir saya. Beliau adalah emak saudara arwah emak saya. Walaupun saya cuma sempat rapat dengan beliau setelah saya dewasa, beliau mempunyai ciri-ciri "orang tua" yang sangat menyenangkan saya. Saya cuba berjumpa beliau setiap hari raya dan tanpa gagal beliau akan menceritakan kisah-kisah lama kepada saya. Sekarang tiada lagi tempat untuk saya mendapat cerita-cerita sebegini. Agak malang kerana saya tidak merekodkan cerita-cerita tersebut.
Al-Fatihah buat Nek Busu Temah. Semoga Allah memaafkan semua kesalahan beliau dan menempatkan roh beliau bersama roh mereka yang soleh.