Sudah cukup lama saya tidak membuat entri dalam blog ini. Cuti sabbatical yang agak lama tetapi tanpa penghasilan ilmiah yang boleh dibanggakan. Sejak entri terakhir, berbagai perkara telah berlalu dalam hidup saya. Terasa rugi kerana tidak merekodkan peristiwa-peristiwa penting ini.
Salah satu matlamat asal membangun blog ini ialah untuk mengabadikan peristiwa dalam hidup saya yang tidak signifikan ini untuk dijadikan sempadan oleh anak-anak dan cucu-cucu pada masa saya tiada lagi didunia ini nanti. Ketiadaan entri buat beberapa bulan pasti mencacatkan "sequence of events" dalam hidup saya. Tetapi mungkin juga ia memberi kelonggaran pada pembaca dimasa hadapan untuk mencorak cerita saya mengikut selera dan fahaman mereka.
Ah..saya telah tersasar jauh dari tajuk entri. Ini pastinya bukti yang saya perlu mula rajin menulis kembali kerana banyak yang ingin dikongsi. Kembali kepada tajuk (mengapa perlu kembali kerana saya belum lagi kesitu sebenarnya). Pagi tadi saya mendapat panggilan dari guru sekolah anak saya yang bongsu (sebenarnya mereka telah menjadi sahabat saya bukan lagi guru kepada anak saya). Dia berkata bahawa dia dan beberapa kawan-kawan yang juga guru disekolah yang sama dalam perjalanan menghadiri taklimat pengurusan pusat mengundi. Adakah ini bermakna PRU 13 akan diadakan semasa cuti penggal akan datang, hujung Mei dan awal Jun? Saya rasa begitu kerana lagi lambat ia di adakan lagi bersedia pasukan dari Pakatan Rakyat. Oleh itu eloklah kita bersedia untuk berubah. Usaha dari setiap mereka yang ingin melihat perubahan kearah kebaikan di negara ini amat penting.
This is the time for change. We cannot afford to wait any longer. Let us start by recruiting one new Pakatan supporter each. Semoga usaha kita diberkati oleh Yang Maha Esa.