Sunday, May 09, 2010

Perhimpunan Perdana Palestine

Seperti biasa hujung minggu saya lebih sibuk dari hari bekerja. Saya sebenarnya telah merancang untuk melawat anak saya yang di MRSM Kepala Batas minggu ini, tetapi hari Khamis lalu beliau sms isteri saya menyatakan yang beliau akan menghadiri satu perkhemahan hujung minggu ini. Jadinya rancangan untuk ke utara dibatalkan.

Awal pagi anak bongsu saya telah kesekolah untuk perjumpaan pandu puteri. Apabila beliau balik pada tengahari, kami terus makan tengahari di Restoran Jaring berhampiran Sunway Pyramid.


Seterusnya kami ke IKEA, Bandar Utama kerana saya ingin melihat perabot untuk pejabat. Kami menghabiskan masa sekitar dua jam di IKEA. Sekembali kerumah saya telah keletihan. Sempat berehat sebentar sebelum isteri mengajak saya menghadiri Perhimpunan Perdana Palestine. Hampir setiap masjid di Selangor mewar-warkan perhimpunan ini.


Program ini sebenarnya bermula sejak pagi dimana telah diadakan konvoi kereta dari masjid2 seluruh negeri menuju Masjid Negeri, Shah Alam. Saya tidak pasti berapa ramai yang mengambil bahagian, tetapi masjid saya tidak menghantar sebarang wakil.


Kami tiba kira-kira 5:30 petang. Program kemuncak saya jangka berlangsung pada sebelah malam tetapi saya terpaksa menghadiri majlis tahlil untuk arwah abang ipar yang baru pulang ke rahmatullah pada hari Khamis lepas.



Bila kami tiba masih belum ramai di dalam Stadium Malawati. Mungkin lebih ramai peserta dan penganjur dari pelawat.Acara dimulakan dengan nyanyian nasyid yang bernada patriotik, Ditengah gelanggang terdapat ramai muda-mudi yang membawa sepanduk dan kain rentang yang pelbagai. Mereka nampak sungguh bersemangat dan melompat-lompat ketika nasyid didendangkan. Lagu-lagu nasyid diselang seli dengan laungan "takbir" dan "jihad".


Saya dan isteri beredar dari tempat tersebut sekitar jam 6:45 petang. Saya tidak tahu apa perasaan sebenar saya tentang program yang saya saksikan.



Saya cukup yakin pihak penganjur telah menghabiskan banyak masa, tenaga dan kewangan untuk menganjurkan program ini, Penglibatan remaja juga cukup baik. Tetapi apakah kesan positif yang dapat dirasa oleh penduduk Palestine dalam jangka masa pendek? Saya rasa cukup terhad. Apakah kesan terhadap kesedaran remaja kita tentang sejarah Palestine? Juga terhad, saya rasa. Mana mungkin remaja yang terkinja-kinja ketika mendengar lagu nasyid (tidak jauh bezanya seperti remaja yang menonton konsert Akademi Fantasia) dapat menghayati penderitaan yang dialami oleh penduduk Islam di Palestine.


Memang mudah untuk saya menjadi pengkritik tanpa melihat gambaran yang lebih luas. Tetapi saya mempunyai hak terhadap pendapat saya walaupun ia hanya persepsi yang salah. Sebenarnya saya berharap persepsi saya salah dan segala usaha pihak penganjur membuahkan hasil terbaik buat rakyat Palestine dan remaja yang mengambil bahagian.

3 comments:

jamil said...

Salam Bro,

Sekurang kurangnya berada di Lembah Klang dapat menghadiri sesuatu acara berbanding saya di sini ie Ipoh.At least kat Ipoh tak jam.Berbalik kepada Perhimpunan Perdana Palestine nie saya pun tak keruan apakah motifnya ataupun objektifnya yang nak kita ketengahkan. Berdasarkan gambar2 yang saya tengok tak nampak saya bahawa kita rakyat Malaysia ingin bersama2 merasai keperitan dan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestine. Dan di sini pehak penganjur seharusnya ; instill the sense of caring n togetherness in a Islamic way of life, that people of Malaysia support the jihad in the way that being preached by the prophet. Terkinjal2 tu tak ubah macam Israel so all in all it defeat the purpose of having the perhimpunan. Boleh tak dalam stadium tu digemakan dgn suara2 tembakan meriam, senapang, kereta kebal dgn diiringi jerit pekik serta tangisan rakyat Palestine memohon pertolangan baik wanita maupun kanak2 disamping itu skrin besar menayangkan kezaliman zionis terhadap mereka. Sekurang2nya kita merasa berada di bumi Palestine walaupun tak ke sana.
Untuk menanam perasaan simpati program itu mestilah realistik dan tentukan objektifnya tercapai.
Salam sahabat, take care.

Hussin said...

Sdra Jamil,

Thanks for the comments. As I said, I was there only for a portion of the program. I do not know what happened after I left the place. I hope it was more informative and persuasive so as to benefit both the audience and participants.

I agree we need to instill some sense of belonging to the cause of our Muslim brothers and sisters in Palestine but sadly I do not have any worthwhile suggestion myself.

jamil said...

Bro Hussein,
Just to add further, i was taught a little bit on strategic and management when i was in the service.
In whatever ways we want to organise some programmes , the first thing that ought to be considered is the MISSION. In this aspect do not forget the mission analysis which specify tho outcome of the programme.Then come up with the objectives such as instill the sense of brotherhood, sympathy,comradeship, the feeling of being Palestinian and so and on.
Having done all these who is the target group, youth, women, children, Islamic community plus other religions[ state of Palestine is not 100% muslim]In this scenario humanitarian is more soundly.
Then go to the software part of it ie the itinerary of the programme , the history of Palestine, the fight for freedom, Baitulmakdis issue, Al Aqsa standing,The Yom Kippur war, and so many other incidents which related to the suffering of the Palestinian.Nyanyi2 nie hanya kat AF saja yang buat kita lalai.
Then with all this what is the impact unto rakyat Malaysia? How we go about in justifying what we ought to do.
In what way? Donation in many kind, Mercy Malaysia, NGO intervention, Muslim League, UNHCR and many other related platform. Make our program me being heard and it does not end there.[ Perkasa may want to chip in]
This is how i look at it. Easy say then done.

Salam bro,