Saya tahu yang saya tidak patut membenci atau bersangka buruk kepada sesama makhluk ciptaan Allah kerana segala ciptaan Nya adalah sempurna.
Tetapi ada seorang ahli politik yang saya memang meluat melihat. Tindak tanduk dan kata-katanya seolah-olah meminta supaya saya "membenci"nya.
Saya seorang Melayu tetapi saya tidak pernah melantik saudara memperjuangkan nasib saya. Oleh itu, tolong jangan kaitkan saya dengan apa yang awak laung-laungkan. Saya tidak pernah berniat untuk menjadi tuan atas dasar bangsa saya. Saya juga tidak ingin dikaitkan dengan usaha-usaha saudara.
Sebenarnya saya telah meluat melihat saudara dan mendengar cerita-cerita saudara, so please get out of my sight.
1 comment:
Betul...., betul...betul, memang ada setengah orang tu yang bila tertengok saja di TV rasa macam hendak baling kasut ke mukanya, lepas tu baru dia tahu agaknya yang orang meluat tengok muka dia..
Post a Comment