Friday, August 26, 2011

Hari Raya terakhir

Bersama Haizir pada Hari Raya 2010



Aidilfitri 1431H merupakan Hari Raya terakhir buat Busu Jalil, suami kepada adik bongsu arwah ibu saya, Busu Lijah. Busu Jalil telah kembali keRahmah Allah pada hari Isnin 22 Ogos 2011 bersamaan 22 Ramadhan 1432H. Allahyarham memang telah lama tidak sihat dan sering keluar dan masuk hospital.

Minggu lepas, sepupu saya memaklumkan kepada saya bahawa Busu Jalil tidak sihat dan berada dirumah anak beliau di Kajang. Saya yang dalam kesibukan (bila agaknya kita tidak sibuk?)tidak sempat menziarah beliau. Malah saya beranggapan akan dapat bertemu beliau semasa Hari Raya yang tinggal tidak berapa hari lagi. Saya sebenarnya lupa bahawa ketentuan Allah tidak mengambil kira perancangan kita.

Akhirnya saya cuma sempat menziarah jenazah beliau pada hari Selasa, 23 Ogos 2011. Syukur juga saya sempat berbuat demikian walaupun terpaksa berhenti dua kali dalam perjalanan Kuala Lumpur ke Melaka dan sekali dalam perjalanan pulang kerana terlalu mengantuk.

AlFatihah untuk Busu Jalil. Semoga dipermudahkan jalan bertemu Pencipta.

1 comment:

jamil said...

Salam Saudara Hussein,

Al Fatihah buat Busu Jalil, salam takziah saya serta keluarga buat saudara.Pada 24 puasa ie 24 ogos yang lalu ayahanda saya telah kembali ke Rahmatullah sehari selepas busu jalil, sama2lah kita berdoa agar roh2 mereka di tempatkan dalam gulongan orang2 solihin, Alfatihah. Anyway selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin dari saya dan keluarga.
Lama dah kita tak communicate tapi you are always with me. Whatever posting you made am always with you. keep on writing, whatever little idea i've got we share it together. Salam to wife and anak2. Take care.