Monday, December 27, 2010

AFF Cup Final - First Leg


Sudah lama saya tidak menonton bola yang melibatkan Malaysia secara langsung di Stadium, entah berapa tahun saya pun tak ingat. Hari ini saya bersama anak-anak saya, Ahmad Afiq dan Ahmad Aizat telah pergi ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menonton permainan akhir pertama Piala AFF. Sebenarnya Ahmad Afiq telah sejak perlawanan separuh akhir menentang Vietnam mengajak saya untuk ke stadium. Memandang kan ini perlawanan akhir, saya pun bersetuju.


Kami bertolak agak awal dari rumah, sekitar 5:30 petang dan meletakkan kereta di Jalan TAR KL untuk menaiki STAR LRT ke Bukit Jalil. Pada waktu itu pun LRT sudah sesak membuat kami berpeluh sebelum sampai di stadium. Kami terus mencari tempat duduk di stadium yang telah lebih 50% dipenuhi peminat bola. Ramai juga penyokong Indonesia. Mereka ditempatkan berasingan dengan penonton Malaysia. Sebelum permainan bermula kami solat maghrib secara berselerak di sekitar stadium dan tidak di surau. Alhamdullillah ramai juga yang bersolat, tetapi saya rasa lebh ramai yang tidak bersolat.


Permainan bermula tepat pukul 8:00 malam. Malaysia bermain baik sekali walaupun diwakili oleh pemain-pemain muda yang nyata kurang pengalaman diperingkat antarabangsa. Tidak seperti pasukan Malaysia beberapa tahun yang lalu pasukan ini bijak mengawal permainan. Walaupun Malaysia berjaya mencipta beberapa peluang, separuh masa pertama tamat dengan tiada jaringan.


Diseparuh masa kedua Malaysia terus mengawal permainan. Tetapi dalam satu counter attack, Indonesia telah berjaya memasukkan bola dalam gol Malaysia tetapi tidak dikira kerana ada pemain Indonesia yang off-side. Setelah kira-kira 15 minit permainan separuh masa kedua, pengadil menghentikan permainan dan seolah-olah mahu meninggalkan padang. Permainan terhenti buat beberapa minit. Akhirnya permainan diteruskan. Tidak lama kemudian skrin besar di stadium menyiarkan rayuan supaya penonton tidak menggunakan lampu laser yang boleh mengganggu pemain. Jika tidak permainan boleh di tangguhkan.


Selepas permainan diteruskan Malaysia seolah-olah mendapat semangat baru dan berjaya menjaringkan tiga gol tanpa balas. Walaupun pemain Malaysia dipadang bermain dengan baik, terdapat segelintir penonton yang berkelakuan buruk dan tidak matang. Mereka mencampak barang-barang ke padang dan juga membakar mercun. Ada yang sampai kepadang dan boleh mengganggu permainan. Pasukan polis simpanan (FRU) cuma melihat dan mengambil gambar.


Akhirnya Malaysia menang 3 gol tanpa balas. Permainan timbal balaas akan diadakan di Jakarta pada hari Rabu nanti.

2 comments:

Pak Zawi said...

Sdr Hussin,
Salam. Tahniah kepada pasukan malaysia dan jurulatihnya Rajagopal.
Saya menjadi peminat Malaysia bermula dari perlawanan suku akhir. Perlawanan semalam menyakinkan saya bahawa pasukan Malaysia boleh pergi lebih jauh.
Dari kaca TV saya dapat melihat panahan lampu laser mengenai tepat ke muka pemain Indonesia. Ini adalah satu perbuatan tidak baik. Begitu juga dengan lontaran objek kepadang termasuk mercun. Saya rasa kalau tidak dapat dikawal, adalah wajar permainan semalam di tangguhkan dan perlawanan di lakukan di venue neutral seperti Singapore. Nasib baik ianya terkawal. Kalau di Singapura pasukan keselamatan akan berkawal dengan menghadapi penonton dan mereka bersedia dengan tangga untuk menangkap penonton yang membuat angkara. Mungkin pasukan keselamatan kita patut berbuat demikian. Kalau mereka mengambil gambar, seharusnya mereka ada bukti untuk mendakwa mereka-mereka yang bertanggung jawab melontar objek2 dan pancaran lampu laser semalam dan mengambil tindakan keatas mereka supaya menjadi pengajaran.

Hussin said...

Thanks Pak Zawi for visiting.
Memang benar, saya bersetuju bahawa permainan Malaysia sudah menunjukkan peningkatan yang boleh dibanggakan. Mereka berani mengawal permainan dan tidak menendang secara rambang terutama pemain pertahanan. Credit must be given to the coach. Mereka juga tidak kenak putus asa. Contoh terbaik ialah semasa gol pertama. Players from previous teams would have given up chasing the ball but not this team.

As for the spectators, I was very disappointed with a few of them. At the stadium we did not see the laser and as such was wondering what was the delay all about.

The security forces can definitely do a better job. When I was younger and frequent watching football at the Merdeka Stadium the situation was different. The FRU would catch a few of the trouble makers and make an example out of them right on the tarmac in front of everybody before pushing them into their trucks which were parked behind the goal posts. After a while nobody dares to cause any trouble and people can enjoy the games even with their families. Nowadays I do not dare bring small kids to the stadiums.

Another thing, I hope the powers that be, especially the politicians, will not spoil the players after they have won a small tournament. This group of players have a bright future and hopefully they will grow to fulfill their potential.