Sunday, September 14, 2008

Lawak Bodoh

Kerajaan Malaysia menangkap 3 rakyatnya dibawah undang-undang ISA hujung minggu yang baaru lepas. Yang pertama ditangkap ialah Raja Petra, pemilik (kalau betul) website Malaysia Today. Yang kedua, wartawan Sin Chew dan ketiga YB Teresa Kok, ahli Parlimen dan juga ADUN Selangor.

Raja Petra ditangkap kononnya kerana menghina Islam dalam tulisan di blognya. Sebelum ini beliau telah disaman oleh beberapa orang termasuk kerajaan kerana tulisan-tulisan beliau yang agak kontreversial. Beliau juga pernah di tahan dibawah Akta yang sama beberapa tahun lalu. Saya sebenarnya tidak risau Raja Petra ditahan kerana saya rasa orang yang menahan beliau tidak akan dapat apa-apa dari Raja Petra, cuma sakit hati saja. Jikalau pihak yang menahan berharap dengan penahanan Raja Petra kritikan terhadap mereka akan berkurangan, saya rasa ia sudah agak terlambat. Rakyat telah mula diperkasa oleh orang seperti Raja Petra. Tambahan pula pihak berkuasa telah memberi terlalu banyak sebab untuk mereka di kritik. Menahan satu Raja Petra akan membuat lebih ramai rakyat ala Raja Petra dilahirkan. Mungkin tidak se prolifik Raja Petra, tetapi jumlah mereka akan dapat mencapai impak serupa atau lebih dasyat lagi.

Wartawan Sin Chew ditahan kerana menulis laporan berkenaan ucapan salah satu ketua parti yang berkuasa yang telah mendapat perhatian ramai. Yang peliknya ketua tersebut telah didapati bersalah dan digantung keahlian partinya selama 3 tahun, tetapi tidak di ISAkan. Yang menulis laporan pula diISA. Yang lebih lawak Menteri menyatakan wartawan ditahan dibawah ISA untuk melindungi beliau dari bahaya kerana polis mendapat maklumat keselamatan wartawan tersebut diancam. Kalau nak melawak pun biarlah berhemah. Kalau awak dah bodoh, jangan ler anggap kami pun sama bodoh. Wartawan mencipta sejarah menjadi tahanan ISA paling singkat, selama 20 jam. Menteri kata polis telah membuat penyiasiatan teliti sebelum membuat tangkapan. Kalau betul teliti takkan selepas 20 jam apa yang disiasat telah bertukar.

YB Teresa Kok pula ditahan kerana dikatakan membangkang seruan azan yang terlalu kuat dan mahu azan dibuat tanpa pembesar suara. Tuduhan tersebut telah dibuat oleh seorang bekas ketua parti yang berkuasa tetapi sekarang pembangkang negeri. YB Teresa telah menafikan tuduhan tersebut dan telah pun bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang. Tapi beliau tetap diISA.

Hari ini saya baca berita Persatuan Pengguna Islam (PPIM) pula membuat laporan polis terhadap YB Teresa. Yang persatuan nie sama sibuk pasal apa? Beberapa masjid yang kononnya terlibat pun dah buat laporan polis menyatakan mereka tidak pernah dilarang dari menggunakan pembesar suara ketika azan. Yang paling saya kecewa ialah Persatuan Pengguna Islam menyokong tindakan kerajaan mengguna ISA dalam ketiga-tiga kes diatas. Yang saya tahu, PPIM selalunya membuat pengesahan tentang halal atau haram satu-satu produk, satu usaha yang baik. Tapi bila mula berpihak ke satu kem, saya rasa kredibiliti PPIM akan merosot. Sepatutnya PPIM membuat kajian sama ada ISA satu akta yang menepati kehendak produk halal.

Banyak sangat lawak bodoh yang di persembahkan oleh pihak berkuasa kita, tetapi saya tidak berupaya untuk ketawa kerana mengenangkan nasib yang akan menimpa kita jika badut-badut ini masih memimpin kita.

2 comments:

Anonymous said...

uncle, letak la shoutbox kat blog uncle ;)

Pak Zawi said...

Husin,
The same thing when they take in Sheih. Now more people are interested to read what he wrote in his blogs. Nothing seems to be going right for the government which is seen to be more desperate by the day.