Sunday, July 18, 2010
Kenduri
Sabtu, 17 July 2010
Seperti beberapa minggu yang lalu, saya sibuk dengan jemputan di hujung minggu. Bermula dengan acara pertunangan anak saudara (anak kakak isteri) di Nilai, Saya tidak bersma konvoi dari Shah Alam, sebaliknya menunggu di Tol KLIA. Kami sampai di Nilai sekitar pukul 12:00 tengahari.
Acara berjalan lancar sekali. Jurucakap kami ialah biras saya dari Serkam. Seperti biasa semua perkara telah dirunding dan dipersetujui. Majlis cuma mengesahkan persetujuan yang dicapai. Majlis selesai sekitar 1:30 tengahari.
Saya sekeluarga meninggalkan majlis kira-kira pukul 2:00 petang dan terus menuju ke Pelabuhan Klang untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat saya Abdullah Md. Yatim, rakan semasa kami sama-sama bekerja di MISC. Malangnya saya tidak dapat berjumpa beliau kerana beliau berada di hospital. Dollah memang tidak sihat sejak beberapa bulan lepas. Semasa beliau menalipon saya menjemput untuk menghadiri majlis ini pun telah tidak sihat.
Pada sebelah malam kami ke rumah adik saya, Habibah, di Kelang.Makcik datang dari kampong untuk mengadakan kenduri arwah. Semua adik beradik saya (kecuali Hafsah) telah hadir.
Selepas makan malam diadakan pula acara memotong kek harijadi untuk adik-adik dan anak buah yang menyambut hari jadi dalam bulan Julai termasuk Makcik.
Satu hari yang penuh dengan aktiviti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment