Monday, August 30, 2010
Iftar bersama keluarga
Seperti tahun-tahun yang lepas, adik saya, Habibah dan suaminya Zainal, akan menjemput semua adik beradik yang berkesempatan untuk berbuka puasa di rumah mereka.
Pada tahun ini kesempatan tersebut adalah pada 28 Ogos bersamaan 18 Ramadhan yang lepas. Acara pada hari tersebut dimulakan dengan tahlil diikuti dengan berbuka puasa. Kemudian kami menunaikan solat maghrib berjemaah sebelum kami menjamu selera dengan bebagai makanan yang ada. Lazimnya dibulan Ramadhan kita tidak dapat makan berlebihan. Bagi saya, minuman lebih saya pentingkan. Saya tidak pasti becapa cawan air teh dan air tebu yang saya minum pada malam tersebut menyebabkan saya kurang makan (tapi sempat juga bertambah).
Kami kemudianya menunaikan solat Isyak dan seterusnya solat sunat tarawikh. Rasa seronok dapat bersama dengan adik beradik walaupun tidak semua dapat hadir pada malam tersebut. Hafsah sekeluarga di kampong sememangnya sukar untuk bersama. Azizah yang berada di Kota Bharu tentunya gembira mengerjakan puasa di Serambi Mekah pada tahun ini. Khabarnya suami juga bersama pada hujung minggu lepas, jadi tidaklah terasa ketinggalan tidak dapat bersama kami. Siti Khadijah juga tidak dapat berssama kerana menghantar anak beliau Amir untuk menjadi Imam tarawikh. Yang lain semua ada termasuk Hamzah dan isteri yang datang dari Temerloh.
Terima kasih saya sekeluarga ucapkan kepada Zainal sekeluarga kerana terus melaksanakan tradisi yang kami tunggu-tunggu setiap Ramadhan. Tahun depan kita makan ayam kampong yang mereka pelihara, InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Satu acara yang meriah dan ditunggu-tunggu. Terima kasih, Along, untuk gambar-gambar yang cantik! :)
Salam Along,
Yeah, thanks for the photos. Missed the IFTAR at Kak Lang's this time - was in KL for 2 weekends - earlier. Belum begitu menikmati perbezaan berpuasa disini - asyik menghitung hari - berseorangan ketika berbuka dan bersahur adalah keadaan yang tidak begitu nikmat. Otherwise, dengan nikmat dan rahmat lain yang Allah beri, alhamdulillah.
ehem ehem.... :D
Along, syukur, kerana kita masih dapat meneruskan tradisi untuk berkumpul bersama-sama di setiap Ramadan dan lain-lain upacara, kerana ada keluarga di luar sana yang tidak dapat melakukan apa yang kita sering praktikkan ini kerana pertelagahan dan tidak sefahaman.
Salut untuk Kak Lang & Bang Jenal serta anak2 saudara saya yang rajin-rajin belaka ;)
Post a Comment