Friday, August 20, 2010

Tazkirah Pagi


Hari ini merupakan hari Mesyuarat Bulanan kami dimana semua kakitangan teknikal akan bertemu untuk membincang masaalah operasi yang telah ditempuh selama sebulan yang lalu. Saya juga sering menyampaikan pesanan atau teguran saya pada sesi begini dimana semua kakitangan dapat bersama.

Seperti biasa sebelum mesyuarat bermula akan diadakan tazkirah ringkas. Hari ini kami bertuah kerana penceramah undangan ialah Ustaz Zawawi Jusoh pendakwah yang tak asing bagi ramai orang. Ketika saya menjemput ustaz Zawawi minggu beliau bertanya apa topik yang ingin dibincang. Saya beritahu dia "apa-apa yang ustaz nak cakap ler". Jadi apabila beliau datang hari ini beliau tidak bersedia dengan topik yang ingin beliau sampaikan.

Akhirnya beliau membuat keputusan untuk bercakap tentang Mukmin Profesional. Diantara yang diperkatakan:

1. Mukmin ialah sesaorang yang bergantung pada Allah.
2. Mukmin MESTI kenal Allah baru boleh yakin pada Allah
3. Apa matlamat hidup Mukmin? Tidak boleh ditentukan oleh diri sendiri. Mesti ditentukan oleh Pencipta kerana Dia yang lebih mengetahui tentang apa yang di ciptaNya.
4. Oleh itu ilmu yang paling penting ialah ilmu Ketuhanan
5. Allah akan ingat kepada mereka yang ingat pada Nya


Tanpa disedari masa selama satu jam yang diperuntukan telah tamat.


Semoga aktiviti hari in mendapat keberkatan Allah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Pada malamnya kami berbuka dan bersolat tarawikh dipejabat.

1 comment:

Unknown said...

seperti biase, azhar paling tinggi sekali