Petang tadi saya menziarah rakan sepejabat. Ayah beliau telah kembali ke Rahmah Allah pada paginya di hospital. Saya sampai agak awal sebelum jenazah tiba dari hospital. Beberapa orang telah berada di rumah. Saya jangka saudara dan jiran tentangga. Semuanya duduk-duduk dan ada yang bercakap-cakap. Saya menunggu di tembok dekat pintu pagar. Sambil menunggu saya membaca beberapa ayat dari buku yang saya bawa.
Tidak lama selepas itu, jenazah pun sampai dan terus dibawa masuk kedalam rumah. Jenazah telah selamat di mandi di hospital. Sebaik saja jenazah diletak di ruang tamu, tetamu dimaklum bahawa solat jenazah akan dilaksanakan. Majoriti lelaki yang hadir sempat berssama dalm solat tersebut.
Selepas solat kami dimaklumkan masih ada kira-kira satu jam sebelum jenazah dibawa ke masjid. Sanak saudara dijemput untuk melihat jenazah buat kali terakhir. Sementara itu, kebanyakan hadirin cuma duduk besembang terutama di luar pagar rumah. Ynag dalam rumah pun ramai yang bercakap sesama mereka. Saya dan rakan sepejabat yang hadir sempat membaca Yasin dan tahlil ringkas dalam nada yang rendah. Selepas itu kami pun tidak punya aktiviti lain, kecuali menunggu.
Apa sebenarnya yang patut dibuat dalam situasi begini? Saya rasa perlu ada maklumat lebih baik untuk dilaksanakan oleh orang ramai. Contohnya apa kah sunnah Nabi kita dalam perkara ini? Di kebanyakan tempat kita akan lihat orang yang mengziarah cuma duduk bersembang. Kadang-kadang apabila diajak solat jenazah pun ramai yang tidak turut serta. Kita perlu perbaiki keadaan, semestinya.
Al-Fatihah buat ayah rakan saya.
No comments:
Post a Comment