Monday, April 25, 2011

Terima Kasih

Malam tadi adik saya yang "paling berani" dengan saya menalipon saya tetapi saya berada dimasjid dan tidak membawa telefon. Apabila saya perasan miss call tersebut, malam sudah agak lewat walaupun saya tidor lagi lewat kerana menonton BPL dan meraikan kekalahan pasukan yang disokong oleh adik bongsu saya, Arsenal.

Jadi pagi ini, dalam perjalanan ke pejabat, saya menalipon adik saya yang berani tu.

Saya: Assallamualaikum. Ada call semalam?
Adik: Waalaikumasallam. Ada.
Saya: Ada apa?
Adik: Takder apa-apa. Cuma adik2 Along semua bertanya saya bila Along nak panggil meeting nak bincang majlis walimah Lina.
Saya: Kan Along dah kata, Agenda mesyuarat belum siap. Macamana nak panggil meeting tanpa agenda.
Adik: Tu ler. Semua adik2 dan anak2 buah Along nak tahu apa kerja mereka pada hari tersebut. Makcik pun asyik tanya apasal kami tak tolong Along.
Saya: Nanti bila dah bersedia Along panggil meeting.
Adik: Saya kat Kelang semalam, semua orang tanya sebab tu call. Yang lain semua tak mahu call Along.
Saya: Apa pasal dia orang tak mahu call?
Adik: Mereka kata saya Setiausaha keluarga, so saya kena call.

Disini, saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua adik-adik dan anak-anak buah saya yang tak sabar-sabar nak menolong saya dalam menjayakan walimah anak sulung saya yang InsyaAllah akan dilangsungkan pada 25 Jun 2011. Majlis pernikahan akan diadakan pada hari Jumaat, 24 Jun.

Sebenarnya memang belum bersedia nak panggil meeting sebab masih banyak perkara yang belum diputuskan. Saya pulak semakin sibuk dengan kerja. Isteri pun dah mula risau.

InsyaAllah dengan doa adik2 dan anak2 buah, semuanya akan dipermudahkan oleh Allah swt. Saya berasa amat bersyukur kerana mempunyai saudara mara yang amat perihatin dengan masaalah saya. Terima kasih semua.

Barakallahu lakuma, wa baraka alaikumaa wa jamaa bainakuma fi khair

"Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan."


1 comment:

Haslina Othman said...

Along yang paling best,

Inilah entri terbaik pernah Ina baca..hahaha...

Yang paling best, belum tolong lagi dah dapat ucapan terima kasih...;)

Terima kasih juga kat Along & Kak Long kerana sentiasa menghulurkan bantuan kepada kami adik-beradik & anak2 sedara dalam apa jua situasi.

Kami memang bersemangat waja membantu menjayakan majlis Lina dan Arif kelak.:)