Hari Jumaat, 3 Ogos 2007 telah dilangsungkan AGM tahunan masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya. Setelah apa yang berlaku tahun lepas, semua AJK Masjid berada dalam keadaan berjaga-jaga. Sebagai Setiausaha, saya telah menyediakan Minit Mesyuarat 2006 lebih awal lagi (dalam masa seminggu selepas mesyuarat). Laporan juga telah disiapkan beberapa hari sebelum mesyuarat.
Alhamdullillah semuanya berjalan lancar. Terlalu lancar hingga tidak ada usul yang hendak dibicangkan. Dua perkara yang selalu menjadi perbincangan ialah Minit Mesyuarat Agong lepas dan Laporan Kewangan. Pada tahun ini tidak ada perkara yang ditimbulkan untuk kedua-dua perkara ini.
Cadangnya nak letak jawatan sebab tak ada masa untuk membuat kerja Setiausaha dengan baik. Tapi tak ada yang sanggup. So kena gagah juga setahun lagi nampaknya. Harap-harap beberapa AJK dapat berfungsi dengan baik. Penolong Setiausaha merangkap Setiausaha Kerja Sekolah Agama bekerja dengan cukup baik. Begitu juga Bilal merangkap Penolong Bendahari. Tanpa mereka ini aktiviti masjid pasti akan lumpuh. Tapi ada juga orang yang tak puas hati dengan mereka. Tapi pada tahun ini orang-orang tersebut tidak kelihatan.
Banyak perancangan untuk tahun depan telah dibuat. Semoga dapat dilaksanakan dengan jaya.
Sallam
No comments:
Post a Comment