I chanced reading the speech given by the Chief Minister of Kelantan Nik Aziz Nik Mat during the launch of "Wilayah Ekonomi Pantai Timur" by the Prime Minister in Kota Baru recently. I thought the Chief Minister in not too many words succeeded to convey a strong though subtle message about the actions or inactions of the Federal government. However, I doubt if the audience which include the Prime Minister, several Ministers and Chief Ministers would take heed to the spoken words of Nik Aziz, not even the Quranic verses cited. You may want to read the full speech including his arguments why oil found in Kelantan and its shores should benefit the rakyat of Kelantan.
Excerpt 1Saya sempat juga mengikuti senarai projek-projek raksasa yang ada terkandung di dalam pelan induk yang disebut-sebut akan menelan perbelanjaan berjumlah RM112 bilion ini. Antara lain ia akan memuatkan
sebuah Universiti yang telah beberapa kali dilancarkan, Lebuh Raya Pantai Timur, Jeti di Tok Bali dan usaha untuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai pusat penerbangan untuk rantau Asia Tenggara, termasuklah keinginan yang kuat untuk memunculkan satu kelas perdagangan dan perindustrian bumiputera.
Excerpt 2Menyentuh tentang peruntukan yang mencecah RM112 bilion untuk ECER, RM177 bilion lagi untuk Koridor Utara dan RM47.6 bilion lagi di Wilayah Pembangunan Iskandar, rakyat menjadi sedikit kagum dengan jumlahnya. Semakin hairan mereka apabila duit yang diisytiharkan ini boleh menjangkau Rancangan Malaysia ke 9, 10 dan boleh pergi sejauh RMK sebelas. Apapun, jika duit ini memang ada dan tidak menjadi masalah, maka kita perlu mengucapkan sebesar-besar syukur. Alhamdulillah, syabas.
Excerpt 3Dalam banyak buku ilmiah, saya ada juga terbaca bahawa sesuatu pelan yang berkesan ialah pelan yang dapat diterima tanpa curiga oleh kumpulan sasar. Ciri pelan yang berjaya juga ialah pelan yang dapat dilaksanakan.
Saya berandaian, semua aspek ini telah diambil kira dalam segenap segi sehingga ia tidak menjadi sebuah impian dan bukan sekadar 'satu lagi pelan'. Sememangnya indah untuk berada sekadar di alam mimpi kerana ia mengasyikkan:
Anak Cina memetik selasih
Anyam rotan dibuat timba
Tiada yang indah dalam berkasih
Mimpikan bulan jatuh ke riba
Dalam banyak hal, apa yang mustahak ialah pelan yang dapat menghasilkan kenyataan.
Siapalah yang tidak bergembira untuk mendengar janji yang akan datang dalam ratusan bilion ringgit. Ini lebih-lebih lagilah apabila janji itu dipenuhi. Sudah banyak kita saksikan betapa janji yang indah kadang-kadang boleh menjadi musuh besar apabila ia gagal dipenuhi. Kebocoran, siling runtuh, rasuah dan pecah amanah, inflasi dan hipokrasi adalah antara musuh-musuh bersama yang boleh menghambat cita-cita murni.
Excerpt 4Sudah lebih 17 tahun kita menjalin hubungan kesetiakawanan dalam ikatan konsep persekutuan. Setakat yang saya ingat, tidak pernah satu kalipun lagi terganggu sebarang projek yang diluluskan oleh Pusat di Kelantan baik kecil mahupun besar mengalami gangguan atau dihalang oleh Kerajaan Negeri.
Melalui permuafakatan dan rundingan, ia sentiasa disambut oleh kami dengan penuh keterbukaan.Bagaimanapun beradablah ketika melangkah. Bukankah ini Wilayah Timur.
Setiap rumah ada tuannya. Masuk berpintu. Keluar bertangga. Kadang-kadang, ya. Terasa juga.
Makan sirih berpinang tidak
Buah keranji atas perahu
Singgah tidak kenang pun tidak
Sampai hati buat tak tahu
Hanya inilah kali pertama saya diberi kesempatan untuk berucap di majlis yang dihadiri oleh YAB Dato' Seri Perdana Menteri. Apapun jua, syukurlah. Saya mengucapkan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
End