Thursday, November 29, 2007

Apa Membazir Pula?

Menteri Besar ketika diminta memberi komen berkenaan tindakan Pejabat Menteri Besar Pahang membida RM48,000 untuk nombor plat CCC 9:

Soal membazir tidak timbul, pasal duit itu kerajaan bayar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). JPJ pula akan gunakan duit itu untuk membayar gaji.

Apa membazir pula? Duit itu pusing daripada kerajaan ke kerajaan. Bukan untuk Adnan Yaakob (tetapi) untuk kerajaan,


Saya tidak berhajat nak komen panjang. Antara justifikasi:
1. Nombor plat tersebut boleh dijual dengan harga yang mahal
2. Kereta yang akan menggunakan plat tersebut ialah milik kerajaan untuk membawa tetamu kerajaan, jadi mudah dikenal pasti.

Marilah kita renung bersama.

No comments: