Sunday, January 27, 2008

Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali

Disini saya paparkan beberapa imej di upacara pengkebumian arwah bapa saudara saya, Hj Mohd Nor @ Hassan bin Abdul Ghani pada hari Sabtu, 26 Januari 2008.


Jasad yang dapat dilihat buat kali terakhir



Arwah merupakan "penduduk" pertama di tanah perkuburan yang baru


Alhamdullillah, ramai juga yang datang menziarah beliau buat kali terakhir dan juga menunaikan fardhu kifayah solat jenazah.



Saya dimaklumka bahawa arwah telah semacam tahu akan akhir hayatnya. Pada hari Jumaat, beliau telah memanggil semua anak2 dan isteri untuk memberi pesanan terakhir. Arwah telah meminta maaf dari kesemua mereka dan meminta isteri beliau menghalalkan mas kahwin (orang dulu mas kahwin memang berhutang). Beliau kemudian berpesan supaya anak2nya menjaga ibu yang telah buta akibat diserang satu penyakit beberapa tahun dahulu. Sebelum itu arwah telah mengeluarkan RM300 dari bank dan memberi kepada anak2 untuk diguna ketika beliau tidak ada. Sebenarnya beliau telah merasa sakit dada sejak beberapa hari dan telah merancang untuk pergi ke hospital bersama seorang rakan. Apabila sahabat tersebut datang, beliau telah berjalan ke kereta tanpa di bantu. Setiba di hospital, beliau berjalan ke kerusi roda dan terus diserang sakit jantung. Beliau meninggal dunia tidak berapa lama selepas itu. Cukup mudah.

Begitu sedikit perbezaan antara hidup dan mati. Kesemuanya ketentuan dari Nya juga.

AlFatihah buat Hj Mohd Nor Abd Ghani.

No comments: