Wednesday, January 09, 2008

Selamat Tahun Baru Hijriah

1 Muharram 1429

Alhamdullillah, kita masih dibenarkan oleh Allah swt untuk menghirup udara dunia ini, membolehkan kita sama-sama menyambut tahun baru Hijriah. Tapi sampai bila? Cuma Dia yang Maha Mengetahui. Oleh itu, marilah kita mengsyukuri nikmat hidup dan bagi kebanyakan kita juga nikmat sihat yang telah dikurniakan kepada kita.

Hari ini saya meninggalkan pejabat lebih awal dari biasa. Niatnya untuk kemasjid di taman kediaman saya untuk bersama-sama jemaah yang lain melafazkan doa akhir dan awal tahun. Tapi, saya cuma merancang, Dia yang Menentu segalanya. Jalan untuk saya kembali kerumah sesak. Saya cuma sampai dikawasan SS2 Petaling Jaya dan waktu telah melewati pukul 7:10 malam. Saya terus berhenti di masjid dikawasan tersebut. Lupa pula nama masjidnya. Sempat saya bersama jemaah tempatan memohon doa dari Allah swt untuk memaafkan segala kesalahan saya pada tahun 1428 dan kemudiannya memohon agar diberi kemudahan dan petunjuk untuk hidup dalam keimanan pada tahun 1429. Alhamdullillah, kalau tidak mungkin juga saya cuma sempat berdoa dalam kereta.

Kepada semua, saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru. Marilah kita sama-sama berazam untuk menjadi Muslim yang lebih baik dari apa yang telah kita capai pada tahun-tahun sebelum ini. Mari lah kita mengsyukuri nikmat iman yang telah dikurnia oleh Allah swt dengan melaksana apa yang disuruh dan menjauhi apa yang di tegah. Saya tidak punya ilmu mendalam dalam ugama, masih tercari-cari. Saya juga mengakui usaha mencari-cari masih terlalu lemah dan dengkel. Semoga Tuhan memberi kekuatan kepada saya dalam tahun mendatang. Amin.

Wassallam,
HBO

2 comments:

Anonymous said...

En Hussin,
Besok dah 10 muharram. 1429hijriah Hari 'asyura.
Teringat pulak saya pada your comment on cuti pada 1hb Januari tu.
Memang betul lah tu, kenapa perlu kita tiru amalan orang barat bercuti pada hari tersebut. 1st of januari is just a day, to mark a New Year. Thats all. Why should we shout, raise our voice at midnight! Apa faedah nya? Dah tu, berpeluk sana berpeluk sini, menambahkan maksiat saje.
Inilah masaalahnya, kita bermasyarakat majmuk. Yang Islamnya memang ramai, about half of the ppopulation if not more. Yet, we have to abide of what the others dictate.
Wasssalam.
baharudin

Hussin said...

Sdra Baharudin,
Terima kasih kerana melawat dan memberi komen. Tak tahu macam mana sdra tersesat ke blog saya nie. Terima kasih juga kerana mengingatkan tentang 10 Muharram.

Masyarakat majmuk tak salah, tetapi kita mesti mempertahankan budaya dan prinsip kita tanpa menghalang bangsa lain untuk melaksanakan tanggung jawab bangsa mereka. Jangan pula kita yang menjadi pak turut pada perkara2 yang kita tak tahu hujung pangkalnya.