Friday, January 25, 2008

Pak Anjang kembali ke Rahmatullah


Awal malam tadi (kira-kira pukul 9:00 malam) saya menerima sms dari adik di kampong menyatakan ayah saudara kami, Pak Anjang Hassan, telah pulang ke Rahmatullah. Saya terus menelefon beliau untuk maklumat lanjut tetapi beliau cuma diberitahu bahawa arwah meninggal di hospital Jasin.

Saya masih di pejabat ketika itu. Sebenarnya saya memang akan ke Melaka esok kerana ada mesyuarat di sana. Nampaknya saya terpaksa batalkan hasrat untuk ke mesyuarat. Bos terpaksa pergi tanpa saya. Kerana terpaksa menyiapkan sedikit kerja, saya mengambil keputusan untuk balik ke Melaka pagi esok saja. Anak2 pun tak ikut kerana semua ada program di sekolah.


Pak Anjang adalah adik kepada arwah ayah saya yang meninggal dunia hampir setahun lalu (Februari 2007). Walaupun saya tidak berapa rapat dengan Pak Anjang seperti rapatnya saya dengan seorang lagi adik beliau (Pak Ali), saya tetap merasa kehilangannya. Pak Anjang dan Pak Ali lah yang sentiasa melawat arwah ayah saya ketika beliau tidak sihat dahulu.

Seorang demi seorang saudara kita pergi meninggalkan kita. Semoga ini mengingatkan kita betapa hidup ini cuma sementara.

Al Fatihah untuk Pak Anjang Hassan bin Abdul Ghani. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh mereka yang soleh, InsyaAllah.

Amin.

No comments: