Wednesday, January 02, 2008

Post Pertama 2008

Hari in 1hb Jan 2008. Hari Cuti Am. Apa yang menyebabkan kita perlu bercuti pada 1hb Januari setiap tahun? Ia cuma legasi penjajah. Tapi kita akur tanpa sebarang soalan. Sampai bila kita harus jadi Pak Turut? Peduli apa jika semua orang lain bercuti pada hari ini? Kan kita akan bercuti pada 1hb Muharram? Mengapa kita perlu bercuti pada 1hb Januari jika kita telah memutuskan untuk bercuti pada 1hb Muharram?

Cuti pada 1hb Januari cuma berguna untuk mereka yang sibuk mengira kebelakang (10 hingga 1) pada menjelang 12:00 tengah malam 31hb Disember. Mereka ini akan pulang kerumah (kalau pun pulang) pada awal pagi, jadi agak mustahil untuk mereka ke pejabat keesokan harinya, iaitu 1hb Januari.

Kita boleh mengingati 1hb Januari kerana ia satu mercu tanda tarikh yang penting. Tapi, saya rasa, kita tak perlu bercuti. Dari pejabat pun kita boleh ucapkan:

"SELAMAT TAHUN BARU. Semoga hidup kita sekeluarga diberkati Allah sentiasa."


HBO

2 comments:

Pak Zawi said...

Husin,
Kami di kelantan tak cuti pun dan tak ada mudharat apa apa kerana mungkin bilang terbalik 10 hingga 1 sini tak ada aktiviti mengkhayalkan jadi tak perlu tidor lewat atau tak tidor langsung. Mungkin dalam Islam yang baru tu ada kot keperluan untuk cuti.

Hussin said...

Zawi,

Terima kasih kerana melawat. Tak sangka ada orang "popular" nak melawat dan beri komen dalam blog saya.
Kelantan, salah satu tempat "favorit" saya dalam banyak hal. Bila senang saya akan cuba tulis.