Nampaknya berjaya juga BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat. PM dengan selambanya menyuruh Pakatan menerima keputusan Sultan sama seperti BN menerima keptusan rakyat dalam pilihanraya lepas. Saya ingat rakyat mahu Pakatan memerintah, jadi bila pulak yang BN menerima keputusan pilihanraya.
Walaupun demikian, saya berpendapat kita tidak perlu tersangat risau. Tentunya apa yang ditakdirkan oleh Allah ada hikmahnya. Betul, kita tidak boleh menerima semuanya tanpa menjelaskan pendirian kita. Tetapi kita perlu lihat jangka panjang. Kalau kita sanggup hidup bawah pentadbiran BN selama 50 tahun apakah kita tidak boleh menunggu 3 atau 4 tahun lagi?
Pakatan telah membuktikan dalam masa 10 bulan, tanpa sebarang pengalaman memerintah dan Pakatan yang dipaksa pada mulanya, mereka telah menjalankan kerja dengan baik. Tidak mungkin BN dapat membuat dengan lebih baik.
Cuba kita lihat pula apa kesilapan yang telah Pakatan buat. Pertama, Anwar merancang dan menghebohkan untuk merampas kuasa dengan cara yang serupa dengan apa yang dibuat oleh BN. Mungkin ada justifikasi seperti penipuan dalam pilihanraya dan sebagainya tetapi ia tetap menidakkan keputusan pilihanraya yang telah dipersetujui bersama. Syukur, ini tidak berlaku. Kalau berlaku, adakah Pakatan mahu rakyat menerima tindakannya sama seperti BN mahu rakyat menerima tindakan mereka sekarang?
Kedua, tindakan BN di Perak akan membuat lebih ramai rakyat yang berfikir untuk menyokong Pakatan. Saya cukup yakin Pakatan akan jadi lebih kuat dimasa akan datang, bukan saja di Perak malah seluruh negara. Yang penting kita mesti menambah bilangan rakyat yang berfikir.
Ketiga, ia akan memberi peluang kepada Pakatan untuk memikirkan betapa pentingnya mereka membuat keputusan dengan mengambil kira komposisi ras dinegara ini.
Cuma satu yang saya agak terkilan. Saya rasa kewibawaan Sultan Perak akan agak terjejas akibat episod ini. Baginda satu-satunya Sultan yang mempunyai imej "berpelajaran" terpaksa membuat keputusan yang boleh dipertikaikan ramai.
Tahniah Pakatan dan Tahniah Rakyat.
No comments:
Post a Comment