Thursday, December 10, 2009

Hantaran

Adik perempuan saya (yang kelapan dalam keluarga) akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Disember akan datang. Seluruh keluarga telah mula sibuk dengan persiapan-persiapan sempena tarikh bahagia ini. Banyak perkara yang perlu dibuat. Walaupun ini bukan kali pertama kami sekeluarga membuat kerja-kerja begini, ia tetap memerlukan perancangan rapi.

Beberapa mesyuarat telah diadakan. Berbagai kerja telah diagih-agihkan tetapi masih terasa banyak yang belum selesai. Makcik kesaorangan dikampung. Mujur ada seorang lagi adik perempuan dan keluarga yang tinggal dibelakang rumah Makcik. Mujur juga ada seorang bapa saudara yang sentiasa peka dan mengambil berat tentang kami semenjak ketiadaan ayah tercinta.


Diantara kerja-kerja yang remeh temeh (pada saya sekurang-kurangnya) ialah penyediaan hantaran. Saya tidak nampak signifikan mengapa hantaran perlu dibuat sebegitu rupa sehingga memakan masa yang lama untuk disiapkan. Bila diterima nanti, begitu mudah pula hantaran tersebut dileraikan untuk menggunakan barangan yang diberi. Kadang-kadang harga barang itu jauh lebih murah dari kos "perhiasan" yang telah dibuat.


Walaupun demikian saya rasa ia satu dari tradisi kita yang akan terus dikekalkan. Untuk adik saya, isteri saya menjadi penghias bahan hantaran. Saya telah lama tahu yang isteri saya memang punya bakat dan minat membuat gubahan. Pernah saya mencadangkan untuk menghantar beliau mengikuti kursus gubahan secara formal apabila beliau berhenti bekerja dengan Nestle beberapa tahun dulu, tetapi beliau keberatan kerana kos yang agak tinggi.

Saya paparkan beberapa contoh gubahan yang dibuat oleh beliau untuk adik saya kali ini.
Mungkin dilain ketika beliau akan mengenakan caj untuk kerja-kerja sebegini. Setakat ini masih tempoh promosi :-)

Dibawah ini ialah gubahan yang telah dibuat oleh isteri saya semasa pertunangan adik saya dan perkahwinan anak saudara saya baru-baru ini.


No comments: