Monday, August 30, 2010

BENGONG

Dipetik dari Blog Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, antara lain:

Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi mengeluarkan hukum tentang bukan muslim masuk ke masjid seperti berikut:

“Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Uthal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah 6/276. Riyadh: Idarah al-Buhuth)


Dipetik dari Malaysian Insider:

KUALA LUMPUR, Aug 29 — Malay rights group Perkasa has demanded that syariah laws be created to ban non-Muslims from entering mosques and suraus, despite Muslim scholars maintaining that such acts did not contravene Islamic law.

The group’s call comes in the wake of controversy surrounding Serdang MP Teo Nie Ching, following reports that she had entered the Surau Al-Huda in her Kajang constituency, during a visit there to deliver aid to the surau.

Former Perlis mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin and PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat have defended Teo’s surau visit, which has been criticised by Barisan Nasional (BN) leaders.

“There should be syariah laws to prevent incidents of non-Muslims entering suraus and mosques,” said Perkasa chief Datuk Ibrahim Ali today.

Although he admitted that non-Muslims have entered mosques during Prophet Muhammad’s time, Ibrahim said that it was the responsibility of Muslims to uphold the sanctity of Islam.

The Pasir Mas MP accused Nik Aziz of not carrying out that responsibility fully by defending Teo’s visit to the surau.

“As Muslims, ‘taqwa’ (respect) says that we must preserve the sanctity of the mosque. Nik Aziz is a person of faith but ‘kurang bertaqwa’,” said Ibrahim.


Saya sebenarnya telah bertekad untuk tidak membuat sebarang komen tentang mereka yang rata-rata menunjukkan sifat bengong dalam tindak tanduk dan perkataan mereka tetapi kali ini saya rasa saya terpaksa kerana jika tidak saya juga akan dikategorikan sebagai dalam kumpulan mereka disebabkan saya juga Melayu seperti mereka.


Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz dalam salah satu ceramah beliau ada menyatakan bahawa hukum syarak ialah hukum yang datang dari Allah yang diberi kepada manusia melalui Rasul dan tidak boleh dipinda sehingga hari kiamat. Penyampaian hukum-hukum oleh Rasul termasuk melalui kata-kata dan tindakan mereka.

Sekarang sudah ada orang yang cukup cerdik mengesyorkan agar dibuat undang-undang syariah (cukup Islamik bunyinya) untuk mengharamkan apa yang telah dibenarkan oleh Nabi kita 1,400 tahun lalu. Kadang-kadang manusia ni bila mereka merasa terlalu cerdik mereka akan jadi bengong.

1 comment:

Unknown said...

x paham politician yang mengaku diorang ni lebih pandai tentang agama daripada Nik Aziz...