Wednesday, September 22, 2010
Diari Aidilfitri 1431H : Episod 5 - Trip to Penang
Seperti biasa selepas cuti panjang sekolah, saya akan menghantar anak saya, Aizat, balek ke asrama di MRSM Kepala Batas. Walaupun beliau dikehendaki balik pada hari Ahad, kami bertolak pada hari Sabtu supaya saya tidak perlu pergi dan balik pada hari yang sama. Dah tua-tua ni rasa tak berapa larat nak drive for too long without sufficient rest.
Saya menggunakan masa yang ada untuk menziarah kawan-kawan yang tinggal di perjalanan kami. Rumah pertama yang saya singgah ialah rumah Major(B) Jamil Mohd Nor. Beliau adalah kawan sekolah semasa saya di Melaka High School pada tahun 70an dulu. Sudah beberapa kali saya cuba singgah dirumah beliau sebelum ini tetapi tidak berkesempatan kerana jadual kami yang tidak selari. Kali ini saya berjaya. Rumah Jamil terletak di pinggir pekan Batu Gajah. Beliau yang bersara dari perkhidmatan tentera pada tahun 2006 kini menjadi pengurus Pusat Giatmara.
Telah agak lama juga saya tidak berjumpa Jamil walaupun kami sesekali ada berkomunikasi di blog saya atau melalui telefon. Jamil adalah seorang sporstman semasa di sekolah. Pelari jarak dekat yang disegani dan pemain ragbi yang digeruni. Ciri-ciri sportsman didalam diri beliau masih terserlah, badan yang cukup fit and slim. Walaupun saya dan Jamil cuma sempat bersama di sekolah selama 4 tahun kerana beliau telah berpindah ke Royal Military College (RMC) selepas LCE, kami mempunyai beberapa "defining moments" yang kami tidak lupa seperti menonton wayang cheap matinee dan cerita Hindustan bersama. Selepas makan mee yang disediakan oleh isteri Jamil kami berangkat ke Ipoh untuk kerumah sepupu isteri saya di Jelapang. Malangnya beliau tidak ada di rumah.
Kami terus ke Kepala Batas dan check-in di Seri Malaysia. Selepas itu kami bertolak ke Pulau Pinang menaiki feri. Kami makan malam di Nasi Kandar Line Clear atas permintaan Aizat. Selepas makan, saya ke rumah Prof. Madya Dr Rahman Othman dan isteri di Minden Heights. Pasangan ini adalah junior saya semasa di universiti dulu. Pertama kali kami menziarah mereka. Kedua-dua mereka bekerja di USM.
Keesokannya kami telah ke Sungai Petani untuk menziarah sahabat isteri saya, Seripah, semasa di ITM dulu. Beliau kini adalah pengusaha stesen minyak Petronas berdekatan dengan Cinta Sayang Golf Resort.
Sebelum saya menghantar Aizat balik ke asrama kami singgah makan tengahari di ikan bakar Kepala Batas. Dah lama saya nak ke tempat ini tetapi tak tahu lokasi sebenar. Cuma selepas Dr Rahman memberitahu baru saya jumpa restoran yang terletak tidak jauh dari pekan Kepala Batas di Jalan Perseketuan "P1" menghala ke selatan. Makanannya boleh tahan, tetapi kedai tersebut cuma buka di waktu siang.
Selepas makan kami terus menghantar Aizat balik ke asrama dan memulakan perjalanan balik ke KL pada pukul 3:00 petang. Alhamdullillah jalan tidak sesak dan kami sampai di kawasan rehat Sungai Buloh pada waktu maghrib. We reached home just in time to see Manchester United beat Liverpool 3-2 with Berbatov scoring a hattrick. All in all a productive weekend.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sdr Hussein,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi singgah ke rumah saya, maklumlah all this years tak sempat menyambung siratulrahim yang kian lama terputus. Am truly honoured to be visited by my beloved buddy.Time run very fast and without realizing it we have parted for nearly 34 years. Anyway, semoga dengan pertemuan ini menjadi satu titik pertemuan yang berkekalan bagi kita dan keluarga, insyaallah. Once again Bro hussein many thanks for dropping by. Semua kenangan manis semasa kita di MHS menjadi kenangan abadi what more Filem Bobby. he.. he. So take care and may Allah bless you always.
Jamil
Post a Comment