Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak berita sensasi melibatkan ahli politik negara kita. Saya sudah rasa muak dengan kerenah mereka yang sepatutnya memikirkan kaedah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah rakyat. Baik dari pihak yang telah diberi mandat untuk memerintah mahupun pihak yang bercita-cita untuk memerintah dengan apa cara sekali pun.
Tidak cukup dengan janji-janji yang tidak nampak bila akan ditepati ditambah pula dengan tuduhan-tuduhan yang dibalas balik dengan tuduhan lebih dasyat semuanya menyebabkan jentera pemerintah kini jadi lesu. Akhirnya rakyat bawahan yang menderita. Mereka yang berebut kuasa sudah cukup selesa dengan harta bertimbun entah dari mana datangnya.
Saya sudah muak, mual dan jelak dengan apa yang berlaku. Mulai semalam saya sudah tidak ambil peduli tentang cerita politik tanah air. TV sudah disimpan dalam bilik; surat khabar telah lama tidak dibaca; blog politik pun sekarang sudah saya tidak buka.
Sekarang pun telah masuk bulan Rejab, tak lama lagi Ramadhan akan muncul kembali. Semoga diberi Allah umur yang panjang untuk kita sampai ke Ramadhan selepas itu diberi kesihatan yang baik untuk kita mengerjakan ibadat Puasa dengan sempurna. Ini pasti jauh lebih baik dari memikirkan tentang perkembangan politik tanah air.
No comments:
Post a Comment