Thursday, July 24, 2008

Muzakarah, Muqabalah dan Munawarah

Heboh semua menceritakan pasal muzakarah. Tapi belum ada pihak yang ingin memberi makna sebenar istilah muzakarah. Belum sempat saya faham apa itu muzakarah keluar pula istilah lain termasuk muqabalah dan munawarah, antaranya. Tetapi dalam pada ramai yang saya pasti tidak tahu apa sebenarnya muzakarah semua ingin bercakap tentang baik buruknya muzakarah. Surat khabar bercerita, tv dan radio juga sama, orang UMNO bercerita, orang PAS apa tah lagi. Sampai Karpal Singh dan Lim Kit Siang pun dan pandai bermuzakarah. Alhamdullillah, istilah Arab ini semakin popular.

Walau apa pun makna muzakarah, saya amat musykil mengapa ramai orang (terutamanya ahli PAS) yang tidak suka ia diadakan. Saya mengsyaki mereka tidak suka muzakarah ini kerana ia melibatkan UMNO. Kalau itu sebabnya, maka ia amat tidak menasabah. Apa salahnya dua golongan rakyat Malaysia bermuzakarah? Bukan kah kita dituntut untuk berbincang untuk menyelesaikan masaalah? Mana mungkin kita tahu pandangan orang lain jika kita tidak duduk berbincang?

Apa yang kita takutkan sangat? Dulu semasa PAS lemah (sekarang PAS kuat, tetapi belum tentu apa yang menyebabkan PAS kuat; mungkin cuma sebab UMNO lemah), PAS ajak UMNO muzakarah tetapi UMNO menolak. Sekarang UMNO lemah dan dia ajak muzakarah, tapi PAS tolak. Jadi, dalam hal ini, PAS dan UMNO sama saja, tak ada beza. Apa kah penyokong PAS tidak yakin dengan pemimpin mereka? Kalau muzakarah dengan UMNO nanti akan bawa PAS masuk BN. Kalau begitu dengkel pemikiran penyokong PAS atau begitu lemah semangat pemimpin mereka, sememang patut mereka tidak memerintah.

Muzakarah, muqabalah atau Munawarah? Saya masih tidak tahu apa makna istilah-istilah tersebut, tetapi buat lah apa yang patut. Nak muzakarah dengan UMNO ker atau PKR ker atau DAP, MIC, MCA, SUPP dan sebagainya teruskan. Tetapi pemimpin mesti pergi dengan mata dan hati yang terbuka dan penyokonmg mesti punyai keyakinan penuh pada mereka. Kita sekarang kuat (kalau betul kita kuat) jadi kita kena tunjuk keyakinan diri kita. Jangan layan provokasi media arus perdana atau mereka yang berkepentingan. Jangan jadikan isu kecil mengganggu perlaksanan program yang besar dan penting untuk rakyat.

No comments: